Integrasi teknologi dalam pengajAran dan pembelajaran
Dewasa ini, perkembangan teknologi semakin pesat tanpa mengenal masa dan usia. Dari hari ke hari, pelbagai inovasi teknologi yang dicipta. Namun, adakah dunia pendidikan sekarang di Malaysia berada searus dengan kepesatan dunia teknologi sekarang ? Oleh yang demikian, atas kesedaran itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar – pelajar tidak ketinggalan dalam dunia ICT.
Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana untuk mengintegrasikan ICT dalam P&P ? Sebenarnya, mengingtegrasikan ICT dalam P&P bergantung kepada kreativiti guru dalam melaksanakan P&P dan mengikut kesesuaian bahan pengajaran. Saya sendiri sebagai seorang guru sains dan biologi, mengintegrasikan ICT dalam P&P saya. P&P menjadi lebih menarik perhatian dan minat pelajar terhadap pembelajaran tersebut dan pada masa yang sama meningkatkan tahap inkuiri pelajar tentang bahan atau proses yang berlaku. Hal ini demikian, pelajar – pelajar melihat dengan mata sendiri proses simulasi yang ditunjukkan.
Saya menghadapi pelbagai cabaran untuk menghasilkan tugasan ini memandangkan saya mengajar di sesi petang. Saya terpaksa bergelut dengan masa, yakni pada malam hari, setelah pulang dari sekolah, dan pada pagi hari, sebelum saya ke sekolah. Memang bukan mudah untuk saya. Namun demikian, semangat yang waja dan usaha yang cekal telah memberi suatu kekuatan kepada untuk sedaya usaha menghasilkan tugasan yang diberikan. Saya berpegang pada prinsip, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan walau pelbagai halangan terpaksa dihadapi. Walaubagaimanapon, akhirnya saya telah berjaya jua menghasilkan tugasan yang diberikan. Jika diberi peluang untuk menghasilkan tugasan yang sama, dengan masa yang mencukupi, mungkin dapat mengumpul bahan lebih banyak dari sumber luar, yakni temubual dengan pelajar dan guru untuk mengetahui teknik pengajaran dan keberkesanan ICT dalam P&P.
Sekian, nukilan dari :
AZLINA AMIR HAMZAH









0 comments:
Post a Comment